JOM SINGGAH!!

Saturday, December 18, 2010

Blog Izzah di URL Baru

Pengumuman,

Blog Izzah sekarang guna Wordpress ye kawan-kawan.

http://izzahsazahly.com

Saturday, December 4, 2010

Photobook The Sweetest Moments

Tak lama dulu Izzah ada dapat satu Photobook ni.
Photobook ni adalah satu jenis buku yang mana dalam tu ada semua gambar Izzah masa baru lahir hingga 1 tahun lebih.

Kira Photobook ni cara yang sesuai untuk simpan gambar-gambar. Kalau print dan letak dalam album mungkin boleh rosak.


Tapi kalau simpan gambar dalam bentuk buku mungkin lebih tahan lama.



Friday, December 3, 2010

Izzah Pergi Harrods!

Harrods ni pusat beli belah orang kaya kan. Bukan sebarang orang kaya boleh membeli belah d Harrods.
Hanya yang terkaya antara yang terkaya. Kaya bukan sebarang kaya. Bukan kaya pandan yang makan dengan roti tu. Ni kaya banyak duit wooooooo.
Izzah pun dah pernah pergi Harrods. Tapi bukan Harrods kat London tu. Harrods kat KLCC je..he..he


See... tak kaya pun boleh pergi Harrods. Tapi cuma lalu depan Harrods je la. Takut Izzah nak masuk dalam Harrods sebab Izzah tak ada kad kredit.


Bergambar dengan teddy-bear Harrods pun kira okeylah tu. Izzah pun baru nak masuk 3 tahun. Ada banyak masa nak pergi Harrods, London...he..he

Thursday, December 2, 2010

Peekaboo! Chak!

Peekaboo!!


Izzah memang suka main hide and seek ni.

Izzah jugak suka cakap "peekaboo" kalau main sembunyi-sembunyi ni. Biasanya budak suka sebut "chak" kan tapi Izzah prefer perkataan "peekaboo" sebab dah terbiasa..he..he


Izzah dah pandai sebut "peekaboo" ni sejak umur 8 bulan. Mana Izzah belajar?

Senang je. Dari CD Brainy Baby bertajuk "Peekaboo". Best tau CD Brainy Baby ni.



Wednesday, December 1, 2010

Macam Ni Cara Main Barbie!

Izzah kan ada patung Barbie. Patung Barbie pertama Izzah ialah seorang ballerina bernama London.


 Masa mula-mula dapat patung Barbie ni Izzah suka sangat. Tengok rambut Barbie ni pun kemas dan cantik je.


Kalau dah boring peluk-peluk Barbie, Izzah sumbat je dalam push car..he..he



Tuesday, November 30, 2010

Jambatan Bantal = Pillow Bridge

Kalau London ada London Bridge, Izzah pun ada bridge *jambatan* Izzah sendiri.

Nama jambatan Izzah ni ialah Pillow Bridge = Jambatan Bantal!


Sebab jambatan ini dibuat daripada bantal lah. Mula-mula Izzah susun bantal kusyen Mama ni satu barisan panjang.


Lepas tu Izzah pijak sambil mengimbangi badan. Seronok tau!



Monday, November 29, 2010

Belajar ABC Dengan Kayu

Izzah ada koleksi ABC kayu yang berwarna-warni.  ABC kayu ni ada kotak khas untuk menyimpan huruf ABC selepas habis bermain.


Selain dari huruf ABC kayu, set kayu ini juga ada keretapi kayu yang comel.


Nanti Izzah tunjuk macam mana rupa keretapi kayu tu ye.



Thursday, November 25, 2010

Yoga Tree Pose Gaya Izzah!

Tau apa itu Yoga? Tak tau tak apa.. ni Izzah nak bagitau la.

Yoga tu satu jenis exercise. Rasanya asal Yoga ni dari India kot. Setengah orang kata Yoga tu haram sebab ada baca mandrem *betul ke ni*... ala.. macam baca pujian pada patung Hindu tu.

Memanglah.. kalau buat Yoga campur baca ayat-ayat pujian agama lain tu memang Haram. Tapi kalau setakat buat exercise style Yoga tu tak salah pun di sisi Islam. Jangan pergi baca lagu-lagu Yoga sudah..he..he

Izzah suka sangat buat Yoga Tree Pose ni.


Yoga Gaya Pokok tau.. Kenapa panggil nama Yoga Gaya Pokok. Sebab dia ikut style pokok lah..he..he


Susah juga nak buat Yoga Tree Pose ni.. Kena pandai balance sebelah kaki sambil tangan letak atas kepala.


Mencabar kawan-kawan!


Tapi sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah!



Wednesday, November 24, 2010

Barbie London & Paris Ada Baju Baru!!

Izzah kan ada 2 patung Barbie - satu Mama bagi nama London.. satu lagi nama Paris. Tu nama Mama yang bagi ye.. bila Izzah besar nanti Izzah akan tukar nama-nama tu..ha..ha

Patung Barbie Izzah ada baju baru!! Bukan satu je baju baru Barbie ni tapi lebih dari 5 pasang!! Hari tu Babah pergi Guanzhou belikan untuk Izzah.
Waaah... sangat beruntung Barbie London dan Paris. Ada baju kimono, jaket dan paling banyak ada ballroom gown macam princess. Tapi Mama cuma bagi London dan Paris pakai kimono dan jaket dulu. 
Lain-lain baju simpan untuk masa depan..ewaaah.

Patung Barbie bernama London ni adalah seorang ballerina. So, baju asal dia baju ballet lah.


Tapi sekarang Barbie London dah jadi orang Jepun dengan pakai kimono cantik!!! Baru tutup aurat..he..he


Patung Barbie bernama Paris tu pulak adalah seorang yang aktif dalam sukan. Sports girl la kira. So, baju asal dia adalah t-shirt dan skirt pendek.


Tapi sekarang Barbie Paris dah jadi Barbie yang vogue dengan jacket bling bling dan seluar jeans!!

Mula-mula Izzah marah sebab Mama tukar baju Barbie Izzah tu. Tapi sekarang dah okey. Bila Mama nak tukar baju gown princess pulak ye?
Eh.. ni Izzah yang main Barbie ke Mama ni......

Tuesday, November 23, 2010

Beg Merah Multi-Purpose!!

Jangan tak caya... beg merah ni banyak kegunaannya.


Selain dari digunakan masa travel naik kapal terbang.. beg merah ni juga boleh jadi....


Tempat simpan segala macam benda busyukkk!


Tempat posing gambar... awwww!


dan.. tempat bermain...ha..ha

Monday, November 22, 2010

Abacus = Sempoa = Belajar Mengira = Belajar Warna

Izzah ni dah pandai counting dalam English. Dari nombor 1 hingga 15. Baca nombor pun boleh.
Selalunya time nak tidur Izzah akan kira dulu jari Mama..he..he
Sebab tu Mama belikan Izzah manik berwarna-warni ni untuk Izzah belajar mengira.


Benda ni namanya Abacus atau Sempoa.

Disamping belajar mengira, Abacus ni bagus sebab Izzah pun boleh mengenal warna.


Mama kata dulu masa dia sekolah rendah, sempoa ni benda wajib ada. Sebab senang belajar campur dan tolak. Tapi dulu sempoa Mama cuma dibuat dari plastik, Kejap je dah pecah dan rosak.


Abacus Izzah ni dibuat dari kayu so memang akan tahan lama zaman berzaman gitu.. Boleh jadi harta warisan keluarga ni he..he

Saturday, November 20, 2010

KFC Mashed Potato Yang Sedap!

Izzah selalu juga makan KFC tapi Izzah tak de beriya sangat makan. Tapi kalau Babah dia memang suka KFC..he..he


Kalau pergi KFC Izzah suka makan mashed potato!


Satu large mashed potato tu Izzah boleh makan habis sorang. Tapi bukan sekali makan lah. Simpan pastu makan balik.


Kalau makan KFC mashed potato ni mula-mula Izzah habiskan kuah dia dulu. Pastu baru Izzah makan kentangnya.

Friday, November 19, 2010

Izzah Berjumpa Senator Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil

Hari tu *Izzah tak berapa tahu pasal tarikh dan masa ni* Izzah ikut Mama dan Babah pergi makan tengahari dekat Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.


Mama kata lunch tu untuk meraikan Izzah sebab Izzah adalah anak angkat LPPKN. Bukan Izzah sorang je anak angkat LPPKN ni tapi ramai tau. Seronok kan?


Makanan semua sedap-sedap tapi Izzah tak makan sangat. Makan nasi pun nasi jatuh berterabur sampai melekit-lekit kena kaki Mama..he..he

Masa tengah makan Mama ajak Izzah jumpa Senator Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil. Izzah mulanya tak kenal siapa dia ni. Sebab tu lah Izzah sangat takut bila Dato's Sri Shahrizat tu pegang-pegang Izzah. Stranger ni!


Lepas balik baru Mama cakap itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Izzah cuma kata ooo... sebab apa itu makna menteri pun Izzah tak tahu.. Macam complicated je kehidupan orang dewasa.


Izzah sebenarnya sangat mengantuk time makan tu sebab itu time tidur Izzah. Sebab tu muka Izzah masam je.. Mama pulak yang over sengih macam gitu.. he..he



Thursday, November 18, 2010

Huggies Play Tent Percuma

Tadaa!! Izzah pun ada play tent tau. Tak payah pergi play group pun boleh main play tent..he..he


Hari tu Mama redeemed play tent bentuk rumah ni. Siap ada 2 tunnel sekali.


Bila letak play tent Huggies tu dekat ruang tamu.. penuh sesak lah ruang tamu.. biasa la tu.. he..he


Babah siap letak tilam empuk dalam play tent Izzah so Izzah boleh baring-baring dalam tu. Masa awal-awal dapat play tent tu kan, Izzah memang tidur siang dalam tu tau..ha..ha


Tapi sekarang Babah dah simpan Huggies play tent tu. Babah kata boleh bukak bila time nak main je.

Wednesday, November 17, 2010

Hairband Menyala Berkelip-Kelip

Hari tu Izzah pergi night bazaar kat Puncak Alam. Kat situ ada satu gerai kepunyaan kawan Babah.

Dia jual baju kanak-kanak dan juga permainan yang jenis ada lampu berkelip-kelip tu. Kalau pernah pergi i-City Shah Alam mesti pernah nampak orang pakai head band yang bercahaya tu kan.


Izzah pun beli juga satu hairband yang ada lampu menyala tu. Hairband minnie mouse warna merah!

Acik tu bagi free satu cincin yang boleh nyala kelip-kelip. Suka sangat tau.

Izzah tengok ramai budak-budak datang gerai acik tu untuk beli hair band sama macam Izzah.

Bila balik rumah, Izzah tak mau bukak hairband lampu tu dan cincin kelip-kelip tu. Sambil tidur pun Izzah pakai. Angin je Mama tengok..he..he

Mama tunggu Izzah lelap je pastu dia tanggalkan hairband Izzah. Pastu Izzah tak pernah nampak lagi hairband tu.. mesti Mama sembunyikan untuk diri sendiri pakai tu..he..he



Tuesday, November 16, 2010

Izzah Ada Gymnasium Peribadi

Hola..hola.. pengumuman kepada seluruh penghuni blog..he..he

Izzah ada gymnasium peribadi kar rumah tau. Kalau nak exercise tak payah pergi gym Fitness First atau yang kena bayar yuran ahli yang mahal-mahal tu.

Gym Izzah ni 3-in-1 tau. Boleh main swing atau buaian.. yippi!


Boleh main panjat-panjat untuk menguji ko-ordinasi tangan dan kaki...he..he


Dan boleh main gayut-gayut untuk tambah muscle kat lengan..ha..ha
Tapi gym ni sekejap je ada kat ruang tamu rumah tu. Sebab Izzah nak naik buaian tapi malas nak hayun sendiri. Mama atau Babah kena paksa hayunkan non-stop pulak tu.

Lenguh la mereka.. sebab tu bila Izzah tidur je Babah dengan magicnya dah hilangkan gymnasium peribadi Izzah.