JOM SINGGAH!!

Friday, July 30, 2010

Ini Blog Saya @ Izzah

Oh.. hai! Saya Izzah. Itu nama pendek. Nama panjang Izzah Nabihah.

Tapi.. Tok Wan saya suka panggil saya Ijjah... Mama pulak suka panggil Anak Baby Mama.. Babah pulak panggil Biha (eh betul ke ni..) he..he

Anyway.. apa pun nak panggil Izzah okey je. No sweat lah orang putih kata. Apa ada pada nama.. yang penting orangnya kiuuuutttt... muahh..ha..a

Ni Izzah nak ngadu sikit. Mama tu kan tak patut betul. Dia ada banyak blog tapi tak de satu pun dia buat special untuk Izzah! Not fair like that one!!

Mana best share blog dengan Mama. No fun la.. blog Mama blog orang dewasa.. semua cerita pasal kehidupan orang besar. Izzah kecik lagi.. walaupun dah tak baby tapi still young you know.. baru 2 tahun lebih.

Izzah pun nak cari kawan blogger yang umur lebih kurang Izzah je. Baru best kan?

Fikir punya fikir... Mama pun buatkan Izzah blog Izzah ni. Bangga rasanya ada blog sendiri.

Mama kata sebab semua blog Mama pakai Wordpress *apa benda tu?*.. so blog Izzah ni dia nak pakai Blogger. Tak kisah la Mama.. janji rock!



0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment