JOM SINGGAH!!

Friday, July 30, 2010

Mama Kata Dia Letih..

Mama ni kan.. baru buat setup blog Izzah sikit je dah letih. Tapi kalau blog-blog-blog-blog-blog *banyaknya blog* sendiri tak tidur malam pun boleh.

Tak aci kan kawan-kawan?

Tapi tak pe lah. Sebab Mama lately kurang sihat. Kena sinusitis. Izzah tak tau apa ke benda sinusitis tu tapi bunyi dia macam serius dan dasat je. Dah sebulan dah Mama kena tau.

Baru beberapa hari ni dia baru dapat tenaga dan semangat balik. Kalau tak... hidung tak leh pakai. Tak leh bernafas. Semua benda sangkut. Tidur tak best. Makan tak selera. Semuanya tak best lah..

Nasib baik la Mama tak kena bedah hidung dia yang tak berapa mancung tu *sama je macam hidung Izzah..he..he*. Kalau tak.. Izzah suruh je doctor buat plastic surgery sekali bagi tinggikan hidung...ha..ha

Oh.. nak cerita.. ada berita baik punya.

Mama tertiba dapat seru *dari mana ntah datang seruan tu* untuk beli domain name untuk blog Izzah ni!!

Yeay! Maknanya nama blog Izzah ni tak de lah dot blogspot.com. Macam best je kan ada nama blog sendiri? IzzahSazahly.com nanti akan live beberapa hari lagi.

Sebab Mama kena mintak support tukar apa benda CNAME ntah kat DNS setting. Macam complicated je bunyi. Mama kata memang pun.. sebab ni first time dia buat.

Sebelum ni pakai self-hosted blog Wordpress jadi agak jakun bila cuba pakai Blogger pulak. Apa-apa pun Mama tetap rock! Love u Mama... muahhhhs!!

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment