JOM SINGGAH!!

Saturday, July 31, 2010

Spaghetti Adalah Yummy!

Izzah ni baru baik dari demam dan selsema. Bila kena demam tu kan, langsung Izzah tak suka makan. Minum susu pun takde selera tau. Semua benda rasa tak sedap... yucky!

Tapi tak bagus kalau tak makan dan tak minum. Mama kata nanti badan kurang air so Izzah akan makin sakit.
Sebab tu Mama marah betul kalau Izzah tak nak minum susu. Kawan-kawan nak tau, Babah kata Mama akan menjelma jadi Mama Singa kalau marah... Eeii.. Izzah takut dan tak suka Mama marah.. tak best la Mama.
Hari tu Mama siap paksa Izzah minum susu pakai syringe! Sebab Mama kata kalau badan takde air, Izzah kena masuk hospital. Kena cucuk tangan masukkan air. Alamak.. Izzah tak nak la macam tu.

Lepas tiga kali pakai syringe minum susu, baru la Izzah ada selera balik. Masa demam tu tekak Izzah sakit tau. Sebab tu tak nak makan dan minum. Mama kata takde kena penyakit ulcer dalam mulut tu sebab Mama dah check siap suluh dengan lampu suluh mulut Izzah.

Macam doktor pulak kan Mama ni. Sebab tu Mama the best...sayang Mama!

Hari ni Sabtu, Mama tak kerja. Izzah suka sebab Mama ada kat rumah.

Hari ni Izzah makan sarapan spaghetti kosong. Sangat yummy okey!

Spaghetti takde kuah pun sodaaaap!

Yum! Yum! Sedap OK.
Sedap hingga menjilat jari..he..he





0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment