JOM SINGGAH!!

Wednesday, August 18, 2010

Izzah Takut Bunyi Mercun

Patutnya Izzah cerita pasal buka puasa kat rumah Mak Tok dulu.. Baru cerita pasal buka puasa kat hotel.

Tapi tak apa lah. Tak de siapa kisah..he..he
Sabtu lepas Izzah pergi bukak puasa kat rumah Mak Tok kat KL. Mama 'masak' nasi briyani, kari kambing dan ayam masak merah tau.
Cepat je Mama masak. Eh.. bukan Mama yang masak. Babah. Dia masak kat kedai...

Bila time buka puasa semua orang bersila mengadap makanan. Banyak betul makanan. Ada sate besar gajah!
Mama kata nama sate tu sate station.. bukan sate kajang.. dan harga dia RM1.20 satu.. sebab tu la besar. Makan satu je dah kenyang.
Tapi Mama tu syok makan sampai lupa ambik gambar makanan. Apa la Mama ni.

Lepas buka puasa.. pak cik-pak cik Izzah main mercun dan bunga api.

Ada sekali tu dia letak mercun dalam longkang. Meletup kuat!!

Izzah sangat takut dan terus jerit lari kat Mama. Setengah jam Izzah ketakutan. Tak nak lepas dari pelukan Mama. Muka pun tutup dengan kain.. nampak mata je..he..he

Sampai hari ni Izzah dah phobia bunyi mercun tau!

Tuesday, August 17, 2010

Izzah Buka Puasa Kat Hotel Grand Bluewave

Izzah puasa juga tau. Tak percaya?

Betul. Izzah puasa tapi time tido je lah. Kalau tido mana Izzah makan atau minum. So, puasa la tu kan?
Hari Ahad yang lepas, Izzah sama Mama sama Babah pergi bukak puasa kat hotel. Besar hotel tu. Nama hotel Grand Bluewave.
Patutlah besar.. dah nama dia Grand. Tapi Izzah cari ombak biru *bluewave* tak ada pun. Ombak pun puasa kot.

Hotel Grand Bluewave ni ada kat Shah Alam. Pukul 6.30pm baru kami tolak dari rumah.

Sampai je sana Babah cari parking. Parking hotel ni kiut ada gambar sotong, udang dan apa lagi Izzah lupa.

Babah parking kat basement udang. Senang nak ingat la kalau ada gambar kiut ni kan.

Waaah! Keluar dari lif Izzah terkejut. Sebab ramai sangat orang. Nasib baik Mama dah booking tempat.

Air liur Izzah dah meleleh tengok kambing panggang besar banglo. Eh.. bukan besar banglo... tapi besarlah. Kalau Izzah tunggang kambing tu pun boleh. Kesian kambing dah kena togel dan kena salai bawah api. Tak apa la kambing.. dah rezeki Izzah makan kamu..he..he

Tunggu babah kumpul makanan..ha..ha

Bila dah duduk dalam Semarak Cafe tu.. Babah pun dengan secepat kilat mengumpulkan makanan. Dasat..dasat..

Macam-macam makanan sedap ada...

Sedapnya air bandung..he..he
Sebab time buka puasa lambat sangat lagi.. Izzah bukak puasa dulu lah. Budak kecik takpe boleh buka puasa anytime. Tuhan tak marah. Kalau orang dewasa berdosa tau.

Makan mi udang..yum!
Izzah makan banyak juga.. mi udang, kambing panggang, buah tembikai dan jugak sushi. Yumm..yum.

Makan sushi pulak..emm.. sedap!!
Buzz Lightyear pun buka puasa sama Izzah juga...he..he

Izzah dan Mama ;)

Waah.. mama makan kambing tu sampai tinggal tulang!!


Blog Badge & Watermark Izzah Punyaaaaa

Hello yellow aunty dah kawan-kawan,

Izzah tengah seronok ni. Sebab Izzah pun dah ada blog badge yang comel....


Izzah jugak ada watermark gambar yang comel. Oh.. bukan satu tau.. tapi Izzah ada dua.. *tamaknya mama* he..he



Cantik kan? Yehuuuu.. la la..la

Thursday, August 12, 2010

Mama Ajar Izzah, Izzah Ajar Mama?

Izzah dah tau baca ABC - dari A sampai Z. Tapi masih ada pelat dan slang omputih sikit lah.

Sebab Izzah banyak belajar dari CD Brainy Baby maah.

Bila Mama test ABC *Mama tak tulis ABC ikut turutan*.. Izzah memang lulus 100%..he..he

Ehh.. cantiknya watermark..he..he
So, sekarang Izzah belajar baca simple words macam CAT, DOG, MAMA, BABAH, IZZAH dan macam-macam perkataan.

Seronok!

Padam whiteboard pun Izzah suka..he..he

Ada gaya cikgu tak?


Saturday, August 7, 2010

Mama Tak Tidur Malam Tadi

Mula-mula tu Izzah tengok Mama elok je tidur dengan Izzah.

Pukul 9 malam Izzah dah mengantuk. So, Mama teman Izzah tidur. Izzah memang malam-malam suka tidur atas dada atau perut Mama. Baru senang tidur..he..he

Mama kata beratlah kepala Izzah..tapi Izzah tak peduli. Mama pun okey je.

Oh.. Izzah dah lama tak tidur dalam baby-cot. Sebab dah tak muatlah. Izzah dah tinggi.

So.. sebab Babah tak belikan Izzah katil sendiri. Izzah tidur atas katil besar lah.
Mama malam tadi lepas tidurkan Izzah *dia tidur sekali*.. bangun pukul 12 malam. Pastu tak tido-tido sampai siang!
Tau tak dia buat apa?

Dia pergi make-over blog dia pulak. Lepas buat blog Izzah agaknya Mama jeles la tengok blog Izzah cantik. Sebab tu dia make-over blog dia jadik cantik jugak.

Sehari sebelum tu, Mama dah make-over blog photography dia kat LittleKidsPhotography tu. Cantik tau. Izzah jadi model header. Baru nampak professional!

Yang blog Mama tu pun cantik jugak. Kaler putih + purple. Mama suka pastel purple. Tu sebab bubuh kaler tu. Izzah tak tau suka kaler apa lagi so apa-apa Izzah suka.

Lepas ni Mama nak make-over blog mana pulak ye Mama? Kelab mak budak tu ke...he..he

Thursday, August 5, 2010

Dah Nak Raya..yeay!

Eh..puasa pun belum. Dah fikir nak raya.

Macam biasa.. tahun ni Izzah tak puasa lah. Budak kecik tak wajib puasa. Budak kecik wajib beraya je..he..he

Tahun ni Izzah balik kampung Tok Wan kat Terengganu.. yeay! Ni kira kali ke 2 la Izzah balik kampung raya. Mesti best kan.



Wednesday, August 4, 2010

Hari Pertama Izzah di Dunia

Izzah ni lahir sebulan awal. Sebab dah tak sabar tengok dunia lah.

Sebab tu Izzah tendang kuat-kuat bagi air ketuban pecah.. Pastu mama kena operate. he..he

Pastu Izzah pun keluar la ikut tingkap kat perut mama. Senang je kan keluar ikut tingkap ni. Tak payah susah-susah engage kan kepala kat birth canal (terowong kelahiran?).

Ini gambar-gambar Izzah masa Izzah berumur satu hari. Masa tu first time jumpa face to face dengan Mama.

Bulu mata pun ada sikit je time ni..he..he
Nampak Izzah tengah senyum? Kat belakang tu Dr Ho yang merawat Mama.


Tuesday, August 3, 2010

Ais Krim Cornetto Sangat Yummmeh

Suka tak makan ais krim? Mesti suka kan. Sebab sedap tu. Manis.

Semua budak suka benda manis... kan..kan..kan


Tapi ni first time Izzah dapat makan ais krim Cornetto pegang sendiri tau. Sebelum ni Babah cuma calit sikit-sikit je kat mulut Izzah. Bagi rasa dia kata. Masa tu Izzah baby kecik lagi. Kedekut tau.

Bukan selalu dapat makan ais krim camni. Mama kata tak elok untuk gigi. Nanti cepat rosak terutama kalau tak suka berus gigi.


Lagi pun ais krim ni kira junk food kan. Not good for our body kalau too much. Boleh obese tu.

Apa pun.. enjoy makan ais krim!

Monday, August 2, 2010

Qaf... Kittun.. Kucing... Cat!

Apa tu kawan-kawan?

Izzah belajar bahasa Arab tau. Best sangat.

Zai.. zirafatun... zirafah.. giraffe!

Ain... ainun ... mata.. eye!

Ta.. tuffahun.. epal.. apple!

Zho... zhufrun... kuku.. nail!

Kira Izzah belajar 3 in 1 la ni. Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ni dah pukul 10 malam pun tak tidur lagi. Sebab siang tidur lama. Bangun pulak pukul 6 petang.

Sambil main sambil Izzah belajar..he..he