JOM SINGGAH!!

Tuesday, August 17, 2010

Izzah Buka Puasa Kat Hotel Grand Bluewave

Izzah puasa juga tau. Tak percaya?

Betul. Izzah puasa tapi time tido je lah. Kalau tido mana Izzah makan atau minum. So, puasa la tu kan?
Hari Ahad yang lepas, Izzah sama Mama sama Babah pergi bukak puasa kat hotel. Besar hotel tu. Nama hotel Grand Bluewave.
Patutlah besar.. dah nama dia Grand. Tapi Izzah cari ombak biru *bluewave* tak ada pun. Ombak pun puasa kot.

Hotel Grand Bluewave ni ada kat Shah Alam. Pukul 6.30pm baru kami tolak dari rumah.

Sampai je sana Babah cari parking. Parking hotel ni kiut ada gambar sotong, udang dan apa lagi Izzah lupa.

Babah parking kat basement udang. Senang nak ingat la kalau ada gambar kiut ni kan.

Waaah! Keluar dari lif Izzah terkejut. Sebab ramai sangat orang. Nasib baik Mama dah booking tempat.

Air liur Izzah dah meleleh tengok kambing panggang besar banglo. Eh.. bukan besar banglo... tapi besarlah. Kalau Izzah tunggang kambing tu pun boleh. Kesian kambing dah kena togel dan kena salai bawah api. Tak apa la kambing.. dah rezeki Izzah makan kamu..he..he

Tunggu babah kumpul makanan..ha..ha

Bila dah duduk dalam Semarak Cafe tu.. Babah pun dengan secepat kilat mengumpulkan makanan. Dasat..dasat..

Macam-macam makanan sedap ada...

Sedapnya air bandung..he..he
Sebab time buka puasa lambat sangat lagi.. Izzah bukak puasa dulu lah. Budak kecik takpe boleh buka puasa anytime. Tuhan tak marah. Kalau orang dewasa berdosa tau.

Makan mi udang..yum!
Izzah makan banyak juga.. mi udang, kambing panggang, buah tembikai dan jugak sushi. Yumm..yum.

Makan sushi pulak..emm.. sedap!!
Buzz Lightyear pun buka puasa sama Izzah juga...he..he

Izzah dan Mama ;)

Waah.. mama makan kambing tu sampai tinggal tulang!!


0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment