JOM SINGGAH!!

Wednesday, August 18, 2010

Izzah Takut Bunyi Mercun

Patutnya Izzah cerita pasal buka puasa kat rumah Mak Tok dulu.. Baru cerita pasal buka puasa kat hotel.

Tapi tak apa lah. Tak de siapa kisah..he..he
Sabtu lepas Izzah pergi bukak puasa kat rumah Mak Tok kat KL. Mama 'masak' nasi briyani, kari kambing dan ayam masak merah tau.
Cepat je Mama masak. Eh.. bukan Mama yang masak. Babah. Dia masak kat kedai...

Bila time buka puasa semua orang bersila mengadap makanan. Banyak betul makanan. Ada sate besar gajah!
Mama kata nama sate tu sate station.. bukan sate kajang.. dan harga dia RM1.20 satu.. sebab tu la besar. Makan satu je dah kenyang.
Tapi Mama tu syok makan sampai lupa ambik gambar makanan. Apa la Mama ni.

Lepas buka puasa.. pak cik-pak cik Izzah main mercun dan bunga api.

Ada sekali tu dia letak mercun dalam longkang. Meletup kuat!!

Izzah sangat takut dan terus jerit lari kat Mama. Setengah jam Izzah ketakutan. Tak nak lepas dari pelukan Mama. Muka pun tutup dengan kain.. nampak mata je..he..he

Sampai hari ni Izzah dah phobia bunyi mercun tau!

2 comments:

  1. tak payah main mercun la sayang. auntie dulu, main bunga api yang patah2 tu warna merah, sampai meletup tembus tapak tangan..

    main jer bunga api kucing tu yang besi.. tapi jangan lupa letak baldi yang ada air. lepas main campak dalam baldi tu, k. take care.

    ReplyDelete
  2. aaawww auntie.. mesti sakit sangat tu.. mekasih auntie for the tip main bunga api..muah

    ReplyDelete