JOM SINGGAH!!

Saturday, August 7, 2010

Mama Tak Tidur Malam Tadi

Mula-mula tu Izzah tengok Mama elok je tidur dengan Izzah.

Pukul 9 malam Izzah dah mengantuk. So, Mama teman Izzah tidur. Izzah memang malam-malam suka tidur atas dada atau perut Mama. Baru senang tidur..he..he

Mama kata beratlah kepala Izzah..tapi Izzah tak peduli. Mama pun okey je.

Oh.. Izzah dah lama tak tidur dalam baby-cot. Sebab dah tak muatlah. Izzah dah tinggi.

So.. sebab Babah tak belikan Izzah katil sendiri. Izzah tidur atas katil besar lah.
Mama malam tadi lepas tidurkan Izzah *dia tidur sekali*.. bangun pukul 12 malam. Pastu tak tido-tido sampai siang!
Tau tak dia buat apa?

Dia pergi make-over blog dia pulak. Lepas buat blog Izzah agaknya Mama jeles la tengok blog Izzah cantik. Sebab tu dia make-over blog dia jadik cantik jugak.

Sehari sebelum tu, Mama dah make-over blog photography dia kat LittleKidsPhotography tu. Cantik tau. Izzah jadi model header. Baru nampak professional!

Yang blog Mama tu pun cantik jugak. Kaler putih + purple. Mama suka pastel purple. Tu sebab bubuh kaler tu. Izzah tak tau suka kaler apa lagi so apa-apa Izzah suka.

Lepas ni Mama nak make-over blog mana pulak ye Mama? Kelab mak budak tu ke...he..he

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment