JOM SINGGAH!!

Saturday, September 4, 2010

Baju Raya Izzah

Waahh.. dah nak raya rupanya. Minggu depan Raya!!

Kalau raya mesti kena ada baju baru dan kasut baru. Mesti tu bagi budak-budak macam Izzah ni kan.

Baju raya Izzah berapa pasang ye tahun ni Mama? Rasa macam banyak. Tengok pulun je Mama duk gunting kain designer fabric dia tu...he..he

Eh.. bukan buat baju Izzah? Laaaa... ingat Izzah punya.

Oh.. rupanya Babah dan beli baju raya Izzah tu. Ada sales kat One Utama hari tu. So, beli sepasang seluar dan baju.. dan sepasang baju dan skirt. 

Pastu.. dua helai baju dress cap Mothercare dan Next. Izzah tak pasti cap baju ni kira branded ke apa. Tapi memang cantik la dress tu. Satu kaler hijau lumut... satu kaler striking pink.

Gambar mana? Alaaa... Mama tak ambik gambar pulak. Hmm.. time raya la baru boleh tayang baju raya Izzah ye..he..he

Oh.. Mama pun tengah nak jahit dua pasang baju dress dan satu baju kurung untuk Izzah guna designer fabric!! Sukaaanyaaaa!



Friday, September 3, 2010

Bubur Lambuk Memang Sedap!

Hari ni Izzah nak cerita pasal makanan. Harap auty yang puasa tak meleleh pulak air liur tu.

Sedap rupanya bubur lambuk ni! First time Izzah makan bubur lambuk masa buka puasa kat rumah Mak Tok. Bubur lambuk tu bukan bubur lambuk Kampung Baru tapi rasanya tetap mabelesssss...he..he


Izzah ni bubur lambuk makan tapi nasi tak mau. Marah betul Mama..sori Mama.. budak kecik mana boleh paksa makan, betul tak?


Sebab Izzah suka makan bubur lambuk maka Babah sanggup beratur ambik bubur lambuk kat surau. Sayang Babah!

Kalau nak harap Mama masak bubur lambuk tu... lain tahun daaaaa...

Sedap sampai tutup mata..ha..ha