JOM SINGGAH!!

Saturday, September 4, 2010

Baju Raya Izzah

Waahh.. dah nak raya rupanya. Minggu depan Raya!!

Kalau raya mesti kena ada baju baru dan kasut baru. Mesti tu bagi budak-budak macam Izzah ni kan.

Baju raya Izzah berapa pasang ye tahun ni Mama? Rasa macam banyak. Tengok pulun je Mama duk gunting kain designer fabric dia tu...he..he

Eh.. bukan buat baju Izzah? Laaaa... ingat Izzah punya.

Oh.. rupanya Babah dan beli baju raya Izzah tu. Ada sales kat One Utama hari tu. So, beli sepasang seluar dan baju.. dan sepasang baju dan skirt. 

Pastu.. dua helai baju dress cap Mothercare dan Next. Izzah tak pasti cap baju ni kira branded ke apa. Tapi memang cantik la dress tu. Satu kaler hijau lumut... satu kaler striking pink.

Gambar mana? Alaaa... Mama tak ambik gambar pulak. Hmm.. time raya la baru boleh tayang baju raya Izzah ye..he..he

Oh.. Mama pun tengah nak jahit dua pasang baju dress dan satu baju kurung untuk Izzah guna designer fabric!! Sukaaanyaaaa!



2 comments:

  1. sakan la izzah beraya ni..nanti make sure suh mama n babah bawak izzah jalan-jalan raya tau*bukan jalanraya tu yer.....baju dah cantik2 mesti pergi jalan2 raya dan kutip duit raya..ops* yang penting bermaafan tau..
    qaisarah & iskandar sakan tahun ni..1st time beraya...eeee seronoknya!

    ReplyDelete
  2. memang best brand mothercare + next tu..kalau izzah dtg kat UK, boleh shopping byk2 those brand sbb harga agak murak compared to kat msia :)

    ReplyDelete