JOM SINGGAH!!

Sunday, October 31, 2010

Atuk @ Tok Bak

Siapa ada atuk? Mesti ramai yang ada kan.

Atuk ni panggilan manja untuk Datuk kita atau orang putih kata Grandpa... Tapi Izzah tak de la panggil atuk Izzah Grandpa.. terkejut badak karang dia.. he..he


 Oh.. sekarang ni atuk Izzah ada sorang je. Atuk yang belah Mama dah lama meninggal.. sebelum Izzah lahir lagi. Atuk yang tu Mama kata cousin-cousin Izzah panggil Tok Ki. Dah arwah la Tok Ki Izzah ni. Al-Fatihah...


 Atuk Izzah sebelah Babah ni Izzah panggil Tok Bak. Tak tahu la kenapa kena panggil Tok Bak.. Izzah lagi suka kalau boleh panggil Grandpa... ha..ha..ha


 Tok Bak ni dah tua. Gigi pun tak ada. Tu la Tok Bak.. siapa suruh malas gosok gigi. Kan dah tanggal gigi. Nak makan susah.

Bila ketawa pun tak lawa dah sebab gigi tak ada. Mama kata kalau Izzah tak nak gosok gigi macam tu la jadinya. Uhhh.. Izzah tak mahu...

2 Bulan Blog Tumbuh Lalang

Salah siapa kalau blog Izzah tak update?

Salah tukang tulis blog laa.. sibuk sangat dengan kerja sampai raya pun tak pergi raya. Sebenarnya salah boss tukang tulis la.. jahat sangat.

Banyak benda Izzah nak cerita ni.. tapi kena slow-slow la ye.. Cerita pasal Hari Raya Puasa pun belum... ni dah nak Raya Haji pulak.

Raya Haji Izzah tak balik kampung la ye.. Mama dah tak ada cuti lagi...hu..hu