JOM SINGGAH!!

Sunday, October 31, 2010

Atuk @ Tok Bak

Siapa ada atuk? Mesti ramai yang ada kan.

Atuk ni panggilan manja untuk Datuk kita atau orang putih kata Grandpa... Tapi Izzah tak de la panggil atuk Izzah Grandpa.. terkejut badak karang dia.. he..he


 Oh.. sekarang ni atuk Izzah ada sorang je. Atuk yang belah Mama dah lama meninggal.. sebelum Izzah lahir lagi. Atuk yang tu Mama kata cousin-cousin Izzah panggil Tok Ki. Dah arwah la Tok Ki Izzah ni. Al-Fatihah...


 Atuk Izzah sebelah Babah ni Izzah panggil Tok Bak. Tak tahu la kenapa kena panggil Tok Bak.. Izzah lagi suka kalau boleh panggil Grandpa... ha..ha..ha


 Tok Bak ni dah tua. Gigi pun tak ada. Tu la Tok Bak.. siapa suruh malas gosok gigi. Kan dah tanggal gigi. Nak makan susah.

Bila ketawa pun tak lawa dah sebab gigi tak ada. Mama kata kalau Izzah tak nak gosok gigi macam tu la jadinya. Uhhh.. Izzah tak mahu...

5 comments:

  1. Tok Bak itu takde gigi pun cumil :P

    ReplyDelete
  2. sarah pun ada tok bak jugak....

    boleh la geng ngan kak izzah kan kan...

    ReplyDelete
  3. acik sitisifir, comel jugak kan tok bak izzah tu..ha..ha

    ReplyDelete
  4. acik ain / sarah, ooo.. tok bak juga ye panggil.. ingatkan atuk izzah je.. boleh la geng kita ;)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete