JOM SINGGAH!!

Monday, November 22, 2010

Abacus = Sempoa = Belajar Mengira = Belajar Warna

Izzah ni dah pandai counting dalam English. Dari nombor 1 hingga 15. Baca nombor pun boleh.
Selalunya time nak tidur Izzah akan kira dulu jari Mama..he..he
Sebab tu Mama belikan Izzah manik berwarna-warni ni untuk Izzah belajar mengira.


Benda ni namanya Abacus atau Sempoa.

Disamping belajar mengira, Abacus ni bagus sebab Izzah pun boleh mengenal warna.


Mama kata dulu masa dia sekolah rendah, sempoa ni benda wajib ada. Sebab senang belajar campur dan tolak. Tapi dulu sempoa Mama cuma dibuat dari plastik, Kejap je dah pecah dan rosak.


Abacus Izzah ni dibuat dari kayu so memang akan tahan lama zaman berzaman gitu.. Boleh jadi harta warisan keluarga ni he..he

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment