JOM SINGGAH!!

Tuesday, November 16, 2010

Izzah Ada Gymnasium Peribadi

Hola..hola.. pengumuman kepada seluruh penghuni blog..he..he

Izzah ada gymnasium peribadi kar rumah tau. Kalau nak exercise tak payah pergi gym Fitness First atau yang kena bayar yuran ahli yang mahal-mahal tu.

Gym Izzah ni 3-in-1 tau. Boleh main swing atau buaian.. yippi!


Boleh main panjat-panjat untuk menguji ko-ordinasi tangan dan kaki...he..he


Dan boleh main gayut-gayut untuk tambah muscle kat lengan..ha..ha
Tapi gym ni sekejap je ada kat ruang tamu rumah tu. Sebab Izzah nak naik buaian tapi malas nak hayun sendiri. Mama atau Babah kena paksa hayunkan non-stop pulak tu.

Lenguh la mereka.. sebab tu bila Izzah tidur je Babah dengan magicnya dah hilangkan gymnasium peribadi Izzah.



1 comment: