JOM SINGGAH!!

Friday, November 19, 2010

Izzah Berjumpa Senator Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil

Hari tu *Izzah tak berapa tahu pasal tarikh dan masa ni* Izzah ikut Mama dan Babah pergi makan tengahari dekat Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.


Mama kata lunch tu untuk meraikan Izzah sebab Izzah adalah anak angkat LPPKN. Bukan Izzah sorang je anak angkat LPPKN ni tapi ramai tau. Seronok kan?


Makanan semua sedap-sedap tapi Izzah tak makan sangat. Makan nasi pun nasi jatuh berterabur sampai melekit-lekit kena kaki Mama..he..he

Masa tengah makan Mama ajak Izzah jumpa Senator Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil. Izzah mulanya tak kenal siapa dia ni. Sebab tu lah Izzah sangat takut bila Dato's Sri Shahrizat tu pegang-pegang Izzah. Stranger ni!


Lepas balik baru Mama cakap itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Izzah cuma kata ooo... sebab apa itu makna menteri pun Izzah tak tahu.. Macam complicated je kehidupan orang dewasa.


Izzah sebenarnya sangat mengantuk time makan tu sebab itu time tidur Izzah. Sebab tu muka Izzah masam je.. Mama pulak yang over sengih macam gitu.. he..he



0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment