JOM SINGGAH!!

Monday, November 15, 2010

Taman Tasik Shah Alam Memang Best!!

Tak lama dulu Izzah ada ikut Mama dan Babah pergi Taman Tasik Shah Alam.


Ini bukan lah first time Izzah ke Tasik Shah Alam. Tapi, Taman Tasik Shah Alam tu kan besar. Ada tempat yang Izzah belum terjah.. ewaahh..he..he


Kali ni Mama pergi sana sebab nak tinjau kawasan tasik yang sesuai dan cantik untuk ambik gambar kanak-kanak. Mama kan kids photographer yang semakin professional *dan glamer..ha..ha*


Mama pilih kawasan tasik yang dekat dengan Laman Budaya tu. Memang cantik sangat tepi tasik tu. Ada kawasan berumput yang luas dan juga ada taman permainan yang besar!


Permandangan tasik pun sangat memukau mata lah. Mabeles gitu..ha..ha


Izzah suka sangat kawasan Taman Tasik Shah Alam ni. Hmm.. kalau Izzah suka mesti budak-budak lain pun suka jugak kan.



2 comments:

  1. saya pun suka jugak :)

    dekat ngan rumah saya :)

    ReplyDelete
  2. nuha, oh..dekat ye.. best tu boleh selalu pergi

    ReplyDelete