JOM SINGGAH!!

Saturday, December 18, 2010

Blog Izzah di URL Baru

Pengumuman,

Blog Izzah sekarang guna Wordpress ye kawan-kawan.

http://izzahsazahly.com

Saturday, December 4, 2010

Photobook The Sweetest Moments

Tak lama dulu Izzah ada dapat satu Photobook ni.
Photobook ni adalah satu jenis buku yang mana dalam tu ada semua gambar Izzah masa baru lahir hingga 1 tahun lebih.

Kira Photobook ni cara yang sesuai untuk simpan gambar-gambar. Kalau print dan letak dalam album mungkin boleh rosak.


Tapi kalau simpan gambar dalam bentuk buku mungkin lebih tahan lama.



Friday, December 3, 2010

Izzah Pergi Harrods!

Harrods ni pusat beli belah orang kaya kan. Bukan sebarang orang kaya boleh membeli belah d Harrods.
Hanya yang terkaya antara yang terkaya. Kaya bukan sebarang kaya. Bukan kaya pandan yang makan dengan roti tu. Ni kaya banyak duit wooooooo.
Izzah pun dah pernah pergi Harrods. Tapi bukan Harrods kat London tu. Harrods kat KLCC je..he..he


See... tak kaya pun boleh pergi Harrods. Tapi cuma lalu depan Harrods je la. Takut Izzah nak masuk dalam Harrods sebab Izzah tak ada kad kredit.


Bergambar dengan teddy-bear Harrods pun kira okeylah tu. Izzah pun baru nak masuk 3 tahun. Ada banyak masa nak pergi Harrods, London...he..he

Thursday, December 2, 2010

Peekaboo! Chak!

Peekaboo!!


Izzah memang suka main hide and seek ni.

Izzah jugak suka cakap "peekaboo" kalau main sembunyi-sembunyi ni. Biasanya budak suka sebut "chak" kan tapi Izzah prefer perkataan "peekaboo" sebab dah terbiasa..he..he


Izzah dah pandai sebut "peekaboo" ni sejak umur 8 bulan. Mana Izzah belajar?

Senang je. Dari CD Brainy Baby bertajuk "Peekaboo". Best tau CD Brainy Baby ni.



Wednesday, December 1, 2010

Macam Ni Cara Main Barbie!

Izzah kan ada patung Barbie. Patung Barbie pertama Izzah ialah seorang ballerina bernama London.


 Masa mula-mula dapat patung Barbie ni Izzah suka sangat. Tengok rambut Barbie ni pun kemas dan cantik je.


Kalau dah boring peluk-peluk Barbie, Izzah sumbat je dalam push car..he..he